3 SEBAB KENAPA KENA SIMPAN DUIT DALAM AKAUN YANG BERI PULANGAN TINGGI

3 SEBAB KENAPA KENA SIMPAN DUIT DALAM AKAUN YANG BERI PULANGAN TINGGI | Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah tak korang dengar mengenai akaun simpanan yang beri pulangan yang tinggi? Mungkin korang pernah dengar dan menarik. Yela kan, siapa je yang taknak pulangan yang tinggi tu. Tapi mungkin korang masih tangguh lagi untuk simpan di akaun simpanan sebegini sebab korang tak faham lagi bagaimana ianya berfungsi.


APA ITU AKAUN SIMPANAN PULANGAN TINGGI?

Akaun simpanan pulangan tinggi sama sahaja dengan akaun simpanan yang lain. Kita biasa gunakan untuk menabung bagi tujuan dan target yang tertentu.

Tapi, akaun simpanan pulangan tinggi ni menawarkan korang dengan hasil peratusan tahunan yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan yang biasa. Ini membantu untuk wang korang bertambah dari semasa ke semasa.





KENAPA PERLU BUKA AKAUN SIMPANAN?

Kalau korang sudah buka akaun simpanan biasa seperti Maybank atau CIMB, korang mungkin merasakan nak buka akaun simpanan pulangan tinggi ni akan menyusahkan diri korang. Tapi jom kita tengok 3 perkara kenapa korang kena buka akaun simpanan pulangan tinggi.


1. AKAN MEMPEROLEHI LEBIH BANYAK PULANGAN

Kalau korang menyimpan wang dalam akaun simpanan biasa, anda mesti menjangkakan wang korang akan bertambah dari semasa ke semasa. Malangnya, kalau korang guna akaun simpanan biasa, korang cuma dapat anggaran 1% sehingga 2% sahaja setiap tahun.

Sebagai contoh, katakan korang menyimpan RM1,000 dalam akaun simpanan biasa dengan kadar pulangan yang sikit tu, selepas setahun akaun korang hanya meningkat menjadi RM1,020 sahaja.

Akaun simpanan pulangan tinggi menawarkan kadar pulangan yang jauh lebih tinggi. Misalnya seperti ASB dengan anggaran 5.5% setahun. Katakan anda menyimpan RM1,000, selepas setahun wang anda akan bertambah menjadi RM1,055.



2. MEMBINA TABIAT BERJIMAT

Kenapa kena buka akaun simpanan? Hidup kita ni tidak selalunya indah. Pasti kita akan mengalami kejatuhan. Sama ada tayar kereta bocor ke, kucing kita perlukan rawatan ke, atau kita sendiri yang jatuh sakit. Malangnya, kita jarang nak bersiap sedia untuk menghadapi masalah ini.

Menurut kajian, ramai di antara kita tiada simpanan kecemasan walaupun ianya RM1,000. Sebagai ganti, kita terpaksa meminjam wang pada orang lain atau gunakan kad kredit.

Dengan membuka akaun simpanan, korang akan menyediakan payung untuk mengatasi masalah yang bakal berlaku nanti.


3. MENCAPAI MATLAMAT DENGAN LEBIH CEPAT

Apa bezanya kalau kita menyimpan wang tunai di dalam sampul dan biarkan di bawah bantal?

Wang yang korang simpan tu akan mudah diakses. Contohnya, ada pelancaran handphone terbaru dan korang pun cepat-cepat ambil wang yang korang dah simpan untuk membelinya. Secara automatik korang akan mudah untuk merompak duit simpanan sendiri.

Kalau korang buka akaun simpanan ASB dan fokus untuk menyimpan supaya korang dapat capai target yang telah dibuat, korang akan sukar untuk buat pengeluaran.

ASB hanya benarkan pengeluaran online sebanyak RM500 sahaja setiap bulan. Untuk pengeluaran lebih banyak, korang perlu ke cawangan ASB untuk membuat pengeluaran.



Membuka akaun simpanan pulangan tinggi adalah pilihan yang bijak untuk merancang kewangan bagi tujuan masa hadapan. Dengan memanfaatkan akaun simpanan hasil tinggi ni, korang akan dapat membantu wang korang untuk berkembang pada kadar yang lebih cepat dengan jayanya.

Adakah korang dah bersedia untuk menukar strategi simpanan untuk masa hadapan? Nurul rasa ya ! Mulakan sekarang !


No comments:

Powered by Blogger.