5 TIPS KUKUHKAN KEWANGAN BUAT FRESH GRADUATE

5 TIPS KUKUHKAN KEWANGAN BUAT FRESH GRADUATE | Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Kebanyakan anak muda yang baru je graduate dan baru mula bekerja akan lupakan dulu hal menyimpan dan menguruskan kewangan ni. Benda biasa kan?


Dan semestinya korang pun akan lupakan hal-hal penting macam ni. Mesti la kan? Dah penat-penat belajar, takkan nak terus mula menyimpan. Mesti lah nak kena enjoy dulu. 

Tapi sebenarnya ramai sangat yang tak tahu, kalau korang lagi lambat mulakan menyimpan, lagi susah korang nak menyimpan. Tak percaya? Cuba lah ! Hahaha.




Dan bila satu saat tu, korang sendiri yang akan menyesal tak sudah. Nurul dah pernah alami benda tu dan Nurul tak nak korang pun macam tu jugak.

Jom kita hadam ilmu wajib yang korang sebagai fresh graduate kena amalkan.


1. Berapa banyak korang belanja sebulan ?

Sebelum korang nak mula simpan duit atau nak mulakan tabiat menyimpan, korang kena tahu dulu berapa perbelanjaan bulanan korang. So, korang list down kan lah apa yang korang perlu belanjakan dan berapa banyak jumlah yang diperlukan.

Contohnya, makan, minum, sewa rumah, bayar duit kereta, minyak dan sebagainya. Ini semua korang yang tahu sendiri.

Lebih baik korang senaraikan dalam bentuk excel atau google sheet. Ataupun list down dalam group whatsapp korang sendiri. Dalam group tu masukkan la encik atau cik tunang korang ke, husband atau wife korang ke.

Kalau korang jenis yang bukan IT sangat, list down je guna buku dan pensil. Tapi tak akan lah korang tak pandai IT kan. Mesti semua tahu la.


Kalau ini pun korang susah sangat nak buat, maknanya korang tak ada kesanggupan untuk mulakan menyimpan. So, langkah-langkah yang seterusnya ni memang korang tak akan  buat.

Lepas daripada kita buat list semua tu, baru lah kita nampak berapa banyak yang kita belanja dalam masa setahun.


2 . Ini simpanan pertama yang kita wajib ada.

Contohnya, berapa simpanan cash yang kita perlukan untuk cover sekiranya kita dibuang kerja atau diberhentikan kerja?

Pernah tak korang tanya soalan ini dekat diri korang?

"Berapa lama kita boleh bertahan tanpa pendapatan dari kerja, dan gunakan simpanan sebelum kita dapat kerja yang baru?"


So, kalau Nurul, Nurul akan prefer kalau boleh dapat lepas duit belanja dalam setahun.

Sebagai contoh, amount untuk nombor 1 tadi. RM1,500 (kira lepas untuk basic expenses). Jadi dalam masa setahun, kita perlu ada RM18,000. Jadi, korang start aim untuk cukupkan RM18,000 tu.

Katakan korang paksa diri untuk menyimpan RM500 sebulan, setahun dah ada RM6,000 dan 3 tahun ada RM18,000. Benda ni korang ikut pada kemampuan masing-masing ya.

Kalau korang rasa ada nak beli barang kehendak pada waktu tu, lupakan sekejap. Fokuskan dulu untuk buat simpanan RM18,000 tu dulu.


3. Usaha supaya tak upgrade komitmen sedia ada

Dalam kita nak dapatkan yang nombor 2 tu, kita kena tahan diri supaya tidak upgrade expenses sedia ada. Jadi, korang kena tabahkan diri supaya tidak terpengaruh dengan iklan orang lain.

Fokus tau. Fokus pada target korang. Dan tujuan menyimpan ni adalah untuk develop habit korang. Bila korang dah terbiasa, automatik korang akan jadi disiplin untuk menyimpan.

Tips untuk tidak upgrade komitmen adalah korang tunggu dulu selama sebulan dua. Nanti masa tu korang akan rasa apa yang korang nak tu dah kurang penting pada masa akan datang. Ada kemungkinan korang tak akan jadi nak upgrade benda tu.


4. Kos-kos kecil tak payah kira ?

Contoh paling mudah lah korang pi subscribe netflix. Sedangkan korang pun tak selalu tengok. Yela kan, siang dah busy dengan kerja. Malam pula korang dah penat and tidur. Weekend korang keluar dengan kawan-kawan. Mana nak sempat tengok.

Kalau sebulan korang subscribe paling murah netflix RM17, setahun dah makan sehingga RM204.

Atau korang ada hobi yang memerlukan kos yang berulang-ulang. Contoh setiap minggu ke. Kemudian sebulan dah berapa kan. Setahun dah berapa.

Bukannya nak berkira. Tapi korang kena berkira-kira juga. Kecuali korang memang ada lebihan duit yang tak guna. Itu terpulang pada korang.


5. Pecah target simpanan supaya senang capai

Contohnya kalau kita nak kumpul RM18,000 untuk belanja setahun. Jadi, korang kena kumpul dalam masa 3 tahun kan.

So korang set dulu simpan RM3,000. Lepas tu RM6,000 kemudian RM12,000 RM15,000 dan akhir sekali RM18,000.

Korang cuba lah buat. Mana tahu berhasil kan. Korang unlocked achievement tu sikit demi sikit. Bila kita dah biasakan diri untuk menyimpan, secara automatik korang akan develop diri korang untuk disiplin dan akan terbiasa untuk jada kewangan kita.



So, korang dah tahu kan nak buat apa lepas korang habis belajar dan dapat kerja? Ingat, nak belanja tu boleh. Tapi berpada-pada dan jangan pandang enteng tentang simpanan ini. Ianya sangat penting bila keadaan yang selama ini kita tidak jangka berlaku.

Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain ya.

No comments:

Powered by Blogger.