4 CARA ELAK LIFESTYLE INFLATION

4 CARA ELAK LIFESTYLE INFLATION | Mesti kita ingat ekonomi negara je yang ada inflasi kan? Tetapi sebenarnya tidak. Diri kita sendiri pun ada inflasi atau dikenali juga sebagai lifestyle inflation.


Jom ikuti perkongsian ringkas ini.



APA ITU LIFESTYLE INFLATION ?


Lifestyle inflation bermaksud peningkatan perbelanjaan individu apabila pendapatan kita meningkat. Lifestyle inflation juga kebiasaannya akan naik sejajar dengan kenaikan pendapatan, sekaligus menyebabkan seseorang itu sukar untuk keluar daripada dibelenggu hutang, sukar untuk menyimpan dan juga sukar untuk melabur.





Lifestyle inflation akan menyebabkan hidup seseorang itu berada pada takuk yang sama seperti berpusing di bulatan yang sama kerana pertambahan pendapatan yang habis pada sesuatu benda yang tidak penting.


"Semakin besar periuk, semakin besarlah keraknya"


CONTOH LIFESTYLE INFLATION


1. Semasa kita bekerja dengan gaji RM2500, kita tiada masalah untuk menggunakan public transport untuk pergi ke tempat kerja. Apabila gaji kita naik, kita tidak lagi naik public transport dan semestinya nak beli kereta baru.


2. Sebelum kenaikan gaji, kita menyewa bilik sahaja tetapi selepas gaji naik, kita terus menyewa studio apartmen yang harganya boleh tahan juga.



Perkara-perkara sebeginilah yang menyebabkan kita akan habis untuk membayar ansuran dan juga perbelanjaan yang meningkat. Natijahnya, kenaikan gaji tersebut adalah digunakan untuk upgrade taraf kewangan kita.


Masalah ini tidak pelik dan sangat sebati dalam masyarakat kita sekarang yang semakin hari semakin materialistik. Budaya membanding-bandingkan kereta, rumah, pakaian, motorsikal, tempat makan, tempat melepak, dekat mana kita pergi bercuti, semuanya mempengaruhi keputusan individu untuk membuat keputusan yang salah.



4 CARA ELAK LIFESTYLE INFLATION



1. UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI


Jangan suka-suka membandingkan diri anda dengan orang lain. Setiap daripada kita berada di atas jalan yang tersendiri dan keupayaan kewangan kita adalah berbeza.


Kalau asyik membandingkan diri kita dengan orang lain, akan wujud rasa rendah diri yang akan memusnahkan diri anda sendiri. Kaya macam mana pun kita, mesti kita akan sentiasa tidak cukup. Itu adalah lumrah kehidupan manusia.



2. RANCANG PERBELANJAAN


Dengan cara simpanan paksaan, kita boleh elakkan pembaziran yang selama ni kita lakukan. Sepatutnya apabila kita dapat gaji, perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah dengan mengetepikan duit simpanan sebelum perbelanjaan.


Apabila gaji kita naik, kira semula dekat mana nak letak duit lebihan tersebut dan bukannya perbelanjaan meningkat sama.



3. TAMBAH KEMAHIRAN


Dengan kenaikan gaji, gunakan duit tu untuk belajar teknik baru yang boleh menambah pendapatan anda. Belajar sesuatu yang tidak diajar di universiti. Diantaranya kita boleh belajar skill berdagang saham, cara nak jual barangan secara online di Shopee atau paling basic hadir ke kelas merancang kewangan.


Tak kisah apa pun. Pastikan ianya boleh menambah nilai dalam diri anda. 



4. NAIK TARAF HIDUP SECARA BERPERINGKAT


Bukannya pendapatan dah semakin meningkat, kita tak boleh nak upgrade gaya hidup kita. Boleh. Namun, ianya harus dilakukan secara berperingkat.


Kalau sebelum ni naik bas, lepas ni naik motosikal pula. Kalau sebelum ni lauk ulam air, lepas ni tukar kepada ayam goreng.




Kesimpulannya, lifestyle inflation ni memang tidak dapat dielakkan. Tapi kita dapat elakkan dengan adanya sikap disiplin diri yang sangat tinggi dan juga perancangan kewangan yang sangat mantap.


Semoga bermanfaat.


No comments:

Powered by Blogger.