TIPS BERJAYA DALAM UNIT TRUST
TIPS BERJAYA DALAM UNIT TRUST | Assalammualaikum wbt. Ya Allah, sekian lama Nurul tinggalkan blog ni tanpa sebarang sharing. Hahaha. Busy yang teramat sangat ni sampai idea pun kekeringan.
So, harini Nurul nak share dengan korang teknik dan tips macam mana korang boleh berjaya dalam unit trust. Ye, unit trust ni merupakan platform untuk korang invest dan savings. Macam orang selalu cakap, biar duit buat duit. Ini lah dia unit trust.
Tapi, once korang dah terlibat dalam unit trust ni, korang kena tahu teknik yang paling simple supaya korang boleh berjaya dalam unit trust. Yela kan, kita ni kalau nak buat sesuatu ke, nak capai sesuatu ke, mesti lah ada teknik yang kita susun dah ikut supaya ianya berjaya.
Sama juga dengan unit trust. Jom kita teruskan dengan teknik tu ye. Tak sabar kan? Hehehe.
TIPS BERJAYA DALAM UNIT TRUST
Firstly kita revise balik apa itu unit trust? Okay, unit trust atau unit amanah ni platform untuk kita kembangkan lagi duit yang kita ada. Tak kira lah untuk apa sekalipun. Unit trust ni juga merupakan platform untuk kita savings bukan di bawah inflasi. Apa itu inflasi? Nanti Nurul share next posting okay.
1. TARGET
Setiap kewangan kita wajib ada target supaya kita berada di landasan yang betul. Tapi once korang dah invest atau savings dalam unit trust ni, korang WAJIB tahu yang ini merupakan medium to long term. Tak ada istilah short term untuk unit trust hokay. Please. Kalau korang sejenis yang tak sampai 3 tahun lagi investment tu, tiba-tiba dah gelabah nak tengok profit. Maaf tau. This investment scheme is not for you.
Seriously, korang akan susahkan ramai pihak. Ingat, unit trust medium to long term. Tak ada istilah short term. Sabar. Itu je kuncinya. Hasil korang jugak yang dapat.
2. TAK PANIK DAN TERGESA-GESA
Harga unit ni setiap hari ada turun naiknya tau. Kalau harga turun, korang pulak mengada nak jual unit tu, of course la possibility besar untuk rugi tu ada.
Pelabur yang bijak akan melabur lagi dan lagi bila nampak harga turun. Ye la kan, lagi turun harga tu, lagi banyak amount unit yang korang boleh bolot. Best kan? So, jadi lah pelabur yang bijak ye.
Nurul share contoh yang mudah untuk korang faham macam mana permainan unit trust ni ye.
CONTOH
Kalau korang invest RM10,000 pada harga unit RM1.00.
RM10,000 = korang akan dapat 10,000 unit (RM1.00)
Then katakan tahun depan korang invest lagi RM10,000 dengan harga unit RM0.50.
RM10,000 / RM0.50 = 20,000 unit (RM0.50)
Total unit yang korang ada : 10,000 + 20,000 = 30,000
Kemudian, tiba-tiba korang nak jual unit tu sebab dah capai target. Mana untung korang? Ok, sediakan kalkulator dan tengok keajaibannya.
Masa nak jual harga unit yang korang dapat adalah RM1.20.
30,000 unit x RM1.20 = RM36,000
Korang invest hanyalah RM20,000, pulangan akhir yang korang dapat adalah RM36,000
RM36,000 - RM20,000 = RM16,000
Itu lah untung korang. Banyak kan? Siapa je yang nak bagi. Nak savings daripada duit gaji pun gigil nak dapat gitu. Hehehe. Sebab tu lah orang kata unit trust ni savings senyap. Memang senyap sungguh. Hehehe.
3. AMALKAN PURATA KOS RINGGIT
Apa benda pulak ni kan. Ok, purata kos ringgit ni maksudnya korang kena istiqamah setiap bulan atau setiap tahun invest dengan jumlah yang sama atau lebih. Tak kira la masa tu harga tengah turun atau naik.
BULANAN
Yang ni biasanya nilai yang kecil iaitu RM200-RM500 atau lebih ikut pada kemampuan masing-masing. Yang ni Nurul selalunya suggest client untuk buat regular savings plan.
TAHUNAN
Kalau tahunan pula amount nya selalu yang besar-besar. Contoh macam RM50,000. Kalau macam ni client suka buat style lump sum.
Kelebihan melaburkan sejumlah wang yang sama setiap bulan atau tahun, korang akan dapat beli banyak unit bila harga tengah rendah.
4. PILIH DANA YANG SESUAI
Yang ni korang boleh dapatkan nasihat daripada consultant masing-masing. Biasanya consultant korang yang akan pilihkan dana atau fund yang terbaik untuk korang. Kalau korang nak tahu serba sedikit tentang fund, boleh tanya consultant masing-masing.
So, mudah sangat kan? Hanya diri korang je yang kena bergerak. Teknik dan tips memang Nurul akan sediakan untuk korang depends on target korang.
Jom sesiapa yang nak cantikkan financial masing-masing, contact Nurul untuk appointment ye. Nak senang, korang luangkan masa tak sampai 30 minit weekend korang untuk jumpa Nurul ^^
WHATSAPP / CALL
017-357 5871
No comments: