7 ILMU KEWANGAN PERLU DIAJAR SEBELUM KAHWIN
7 ILMU KEWANGAN PERLU DIAJAR SEBELUM KAHWIN | Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Setiap daripada kita pasti nak mendirikan rumah tangga kan. Tak kira lah sama ada cepat atau lambat. Tapi jangan lupa, sebelum berkahwin tu korang kena ajar pasangan masing-masing tentang ilmu kewangan.
Kalau kita ada ilmu, kita boleh survive dekat mana-mana sekalipun. Setuju tak? Dengan ilmu, barulah kita boleh uruskan sesuatu perkara dengan efisyen dan tanpa sebarang perbalahan pun. Dan semestinya ilmu kewangan juga tidak ketinggalan.
Walaupun Nurul masih belum mendirikan rumah tangga, tapi kita sama-sama belajar ya.
Apa yang penting, pengurusan kewangan selepas korang dah berkahwin tu, bukannya pasal berapa banyak yang korang kena habiskan masa bersanding nanti. Jom kita hadam 7 ilmu kewangan sebelum berkahwin.
BACA SINI >> BAHAYA ! TIADA SIMPANAN WALAUPUN RM1,000 ? <<
Pasangan boros sangat? Apa yang korang boleh buat?
Tidak dinafikan. Allah biasanya menemukan seseorang tu untuk melengkapkan kita. Kalau pasangan kita ni jenis yang giler modified kereta atau motor je memanjang, mungkin pasangan dia adalah seorang yang bijak menguruskan kewangan.
Kalau dua-dua tu ada kesedaran, Alhamdulillah. Memang beruntung sangat.
Jadi, apa yang kita boleh ajarkan dekat pasangan kita tentang kewangan sebelum berkahwin ni?
1. Mulakan dengan yang mudah dulu untuk cipta minat
Pengurusan kewangan yang baik melibatkan matlamat hala tuju kewangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Setiap daripada kita kena target untuk tiga kategori ini.
Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya, RM600 dalam masa sebulan.
Jadi, RM20 untuk setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, korang dan pasangan akan jadi lebih semangat untuk terus menyimpan lagi dan lagi.
2. Satu tindakan yang jamin masa depan kewangan pasangan cerah
Korang ajarlah pasangan korang untuk menyimpan dulu sebelum berbelanja.
Nurul bagi contoh la ya. Contohnya gaji RM2,000. Simpan siap-siap RM200. Kalau korang atau pasangan rasa jumlah tu agak berat, cuba mula menyimpan RM100 terlebih dahulu sebulan.
Kalau belanjakan semua pendapatan dulu dan ada lebih baru simpan, itu lah masalah dalam bab kewangan sebenarnya. Sedar-sedar kewangan korang dalam keadaan kronik. Lagi bahaya.
Kita terapkan dekat diri kita dan pasangan untuk guna formula ini :-
PENDAPATAN - SIMPANAN = BELANJA
3. Tidak semua benda kita boleh dapat segera !
Kalau si dia menggedik nak Iphone 11, korang banyakkan azan dekat telinga dia. Hahaha. Korang ingatkan lah dekat dia yang dia pun dah lah ada PTPTN tertunggak. Ajar dia untuk delay grafication iaitu menangguh kepuasan untuk sementara waktu dulu.
Simpan lah duit dan baru boleh beli. Harga pun makin turun. Sabar ya. Selagi handphone lama tu boleh guna, gunakanlah sampai hancur.
4. Latih bina bajet dan tabiat berbelanja yang bijak
Ajarkan dia untuk buat budget belanjawan bulanan. Dengan cara ini, korang dan pasangan tak ada lah membeli barang yang entah apa-apa. Dan jangan lupa catat semua perbelanjaan okay.
Berbelanjalah dengan bijak dan sebelum korang membeli tu, pastikan banding harga terlebih dahulu. Beli masa promosi atau dengan harga borong.
Buat senarai yang hendak dibeli. Sambil buat pembelian terancang tu, tak ada lah korang kena dua tiga kali ke tempat yang sama.
5. Keperluan VS Kehendak. Ada beza ke ?
Keperluan adalah keperluan asas hidup untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.
Kehendak ni pula macam korang nak kereta mewah, telefon canggih, travel ke luar negara atau lepak dekat kedai minum kopi harga dewa-dewi ni.
Ramai sangat pasangan tak tahu beza antara keperluan dengan kehendak ni. Yang ini memang jadi tanggungjawab sesama sendiri untuk mengingatkan.
6. Perlu ajar tentang risiko kewangan kepada pasangan
Risiko kewangan ni adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan Takaful dan risiko pelaburan, tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu lah korang guna kad kredit ni kalau tahu korang ni boros.
Ajar dia untuk kenal penipuan skim cepat kaya dan MLM haram semua ni. Dan terangkan juga tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang, apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.
7. Tunggu apa lagi? Jom buat duit !
Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur dekat ASB dan Tabung Haji disebabkan unit harga yang tetap. Jadi korang susah nak rugi.
Bila tengok duit makin membiak, dah boleh start ajar untuk melabur ke harga unit yang berubah seperti Unit Trust.
Mana lah tahu kan, dengan gabungan pasangan korang, untung jadi berlipat-ganda.
Bab kewangan ni pun telah menjadi salah satu ilmu penting sebelum berkahwin. Jangan pandang enteng tentang ini. Memang duit bukan segalanya. Tapi zaman sekarang ni segalanya memerlukan duit. Asalkan kita dan pasangan dah tahu baik buruknya tentang kewangan, dah mudah untuk kita capai target tersebut.
Pada kawan-kawan yang akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, tahniah dan selamat menempuh alam rumah tangga. Ingat, ilmu kewangan jangan dilupakan ya.
No comments: