UMUR SEMAKIN TUA, SIMPANAN MAKIN TAK KEMANA
UMUR SEMAKIN TUA, SIMPANAN MAKIN TAK KEMANA | Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Nurul ni. Alhamdulillah, semoga artikel dalam blog ni sentiasa beri manfaat kepada semua ya.
Kita bekerja waktu muda ni adalah untuk membuat simpanan pada hari tua kita. Yela kan. Bila kita dah tua, kalau boleh tak nak lah bekerja dan duit simpanan kita tu akan mencukupi untuk kita harungi hari tua kita.
Tapi, soalan yang selalu kita kena ingatkan pada diri kita “Berapa banyak aku kena simpan setiap bulan supaya masa depan nanti kewangan aku tak rabak. Dan cukup untuk aku tua nanti.”
Dah macam-macam tips yang korang baca dekat google kan. Ada yang kata simpan 10% daripada gaji. Ada yang kata juga simpan 50% sebaiknya. Tak kisah la berapa banyak yang korang nak simpan. Tapi pastikan korang buat 7 jenis simpanan ni untuk kewangan korang tak rabak.
BACA SINI >> 4 CARA ELAK LIFESTYLE INFLATION <<
1. SIMPANAN KECEMASAN
Kita tak akan tahu bila masanya kita akan diuji. Tiada siapa yang tahu. Dan bila jadi keadaan tu, duit ataupun tunai akan menjadi isu utama. Ya ! Tunai.
Jadi, wajib untuk korang sediakan terlebih dahulu simpanan kecemasan untuk waktu yang tak dapat kita jangka. Contohnya macam kereta tiba-tiba breakdown ke, kita kena buang kerja ke atau macam-macam hal lagi. Ya, memang kita tak nak semua tu jadi. Tapi kita kena fikir juga benda tu semua.
Biasanya Nurul akan suruh my clients buat simpanan tabung kecemasan selama 6 bulan gaji. Ini paling cantik la kalau korang nak cover semua komitmen dan perbelanjaan bulanan. Contohnya kalau korang bergaji RM2,500 sebulan, korang kena ada sebanyak RM15,000 sebagai simpanan kecemasan.
Tak lah bermakna korang kena simpan RM2,500 untuk sebulan terus. Korang boleh asingkan 10% hingga 30% gaji atau ikut pada kemampuan korang. Simpan sikit-sikit sampai lah jadi 6 bulan gaji tu.
2. SIMPANAN PERUBATAN
Ini adalah tabung kedua yang wajib korang kena ada. Nama biasa yang kita kenal adalah Takaful ataupun medical card. Tapi sayang sangat. Orang sekarang suka pandang enteng dengan benda ni. Korang tahu tak Takaful ni lah akan protect korang punya income.
Lebih baik korang buat simpanan ni awal-awal. Bermula daripada umur 20-an pun sangat digalakkan. Sediakan diri semasa korang sihat untuk waktu sakit nanti supaya korang tidak terbeban dengan kos perubatan yang semakin tinggi.
Korang wajib ada pelan perlindungan dengan caruman antara 5% sehingga 10% daripada gaji korang. Contohnya kalau gaji korang RM2,500. Caruman yang kita kena buat adalah sekitar RM150 sehingga RM200.
Syarikat Takaful ada macam-macam produk. Korang pilih lah nak syarikat Prudential ke, AIA ke atau mana-mana je la. Ikut pada keperluan korang. Tapi diri korang sendiri kena kaji produk tersebut sama ada sesuai atau tidak dengan diri masing-masing.
3. SIMPANAN UNTUK KAHWIN
Korang mesti pernah dengar kan orang kahwin dengan apply personal loan. Kalau tengok, tanpa kita sangka memang ramai anak muda tertipu dengan benda ni dan akan memakan diri sendiri.
Sebab tu lah Nurul cadangkan korang dan pasangan simpan duit kahwin sama-sama dan seawal yang mungkin. Walaupun korang tak ada calon sekalipun, simpan aje duit kahwin tu. Cepat atau lambat korang akan berkahwin juga. Nanti dah dapat calon yang sesuai, tak payah susah-susah nak pi buat personal loan tu.
Kalau gaji hakiki tak cukup untuk simpanan ni, sudah tiba masanya untuk korang buat kerja sampingan. Banyak peluang yang ada dekat luar sana. Tak kira lah awak lelaki ataupun perempuan. Kena korbankan waktu cuti sikit ya.
4. SIMPANAN BELI RUMAH PERTAMA
Kalau dah fikir nak berkahwin tu, mesti korang nak ada paling-paling pun sebiji rumah pertama kan. Dengan harga rumah yang makin melambung-lambung sekarang ni. Kalau korang tak buat simpanan daripada awal, memang agak sukar untuk korang beli rumah pertama.
Ini sangat penting untuk korang buat. Pastikan korang sediakan sebanyak 15% daripada harga rumah untuk kos deposit, yuran guaman dan lain-lain kos yang berkaitan.
Contohnya kalau korang nak beli rumah yang berharga RM250,000. Bermakna korang kena sediakan RM37,500 paling-paling pun. Kalau dapat kumpul lagi banyak pun lagi bagus.
5. SIMPANAN UNTUK PELABURAN
Setiap orang nak duit simpanan dia berkembang. Betul tak? Sebenarnya ada banyak sangat platform pelaburan yang ada dekat luar sana. Tapi sebelum korang bermula melabur, korang kena buat simpanan terlebih dahulu. Baru lah korang layak untuk melabur.
Tabung pelaburan ni korang boleh melabur contohnya dalam unit trust. Kalau korang tak ada duit segedebuk banyak untuk letak, korang buat la monthly deduction. Daripada korang langsung tak ada pelaburan, lebih baik ada walaupun sedikit.
Contohnya korang letak initial investment sebanyak RM1,000 (ambil sedikit daripada simpanan yang ada) dan bulanan korang konsisten menyimpan RM300 hingga RM500 atau berapa je yang korang mampu. Kalau lagi banyak, lagi bagus. Lagi berkembang lah duit simpanan korang tu.
Tapi kunci utamanya, buat simpanan terlebih dahulu sebelum teruskan ke step ini tau !
6. SIMPANAN TUNAIKAN HAJI ATAU UMRAH
Mengerjakan Haji adalah Rukun Islam yang ke 5 yang dituntut untuk korang yang berkemampuan. Semua umat Islam bercita-cita nak jejak ke Tanah Suci ini.
Kos sekarang pun sangat lah mahal. Tapi tidak bermakna korang tak boleh pergi. Cuma kena ada usaha untuk menyimpan je ya. Korang buatlah akaun Tabung Haji. Nak buka akaun pun murah. Siapa yang ada simpanan KWSP tu pun boleh daftar haji tanpa modal.
7. SIMPANAN PERSARAAN
Ini yang Nurul katakan tadi duit nak bekerja untuk kita pula bila dah bersara nanti. Biasanya ramai yang tertumpu pada simpanan KWSP sahaja untuk tujuan ni. Tapi kalau korang bergantung 100% dekat situ je pun tak elok juga.
Bukan satu tindakan yang bijak kalau korang letakkan telur dalam satu bakul semata-mata. Bahaya ! Nak atau tak nak, korang kena cari juga alternatif lain untuk tingkatkan simpanan persaraan selain daripada KWSP korang tu.
Macam mana nak plan berapa simpanan yang korang kena ada bila bersara nanti? Boleh ambil no fon Nurul dekat profile Nurul dan whatsapp Nurul. Nurul akan bantu korang ^^
Tak salah untuk korang mulakan sikit-sikit. Asalkan ada daripada tak ada. Daripada sikit tu la ianya akan menjadi banyak. Benda ni pun bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri korang sendiri juga.
Semoga posting kali ini bermanfaat untuk korang ya.
No comments: