5 CARA BERKESAN DIDIK ANAK MENYIMPAN DUIT

5 CARA BERKESAN DIDIK ANAK MENYIMPAN DUIT | "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Ini adalah pepatah Melayu yang seringkali disebut dalam masyarakat kita. Tetapi masih kurang untuk dipraktikkan oleh orang ramai.
Lagi-lagi bila sekarang ini zaman semakin canggih. Teknologi semakin up to date tanpa sempat untuk kita kejar. Malah, ibu bapa masa kini lebih mudah untuk hulurkan tablet atau telefon pintar kepada anak-anak mereka berbanding menurunkan ilmu yang berguna. Memang bukan semua, tapi masih ada segelintir.

Bukan apa. Sebenarnya lebih awal kita mula mengajar anak-anak tentang duit dan kewangan, lebih baik dan akan menjamin pengurusan kewangan mereka kelak. Bila anak-anak dah besar nanti, mereka sudah sedia maklum cara yang betul untuk menyimpan duit serta menguruskan duit mereka sendiri.

Bagi yang baru nak bermula, Nurul nak kongsikan 5 cara untuk anda mendidik anak-anak tentang ilmu kewangan.


Rahsia untuk membuatkan anak-anak anda berminat untuk menyimpan duit.

Nama pun budak-budak. Kita tidak boleh gunakan cara yang digunakan untuk orang dewasa. Ibu bapa perlu mengajar mereka dengan cara yang boleh membuatkan mereka lebih berminat untuk mengetahuinya.

Nurul hanya kongsikan beberapa cara sahaja. Anda boleh gunakan dengan cara kreativiti anda tersendiri. 

Apabila kita bercakap tentang konsep belajar menyimpan, pendidikan secara interaksi visual dan fizikal menjadi peranan penting dalam hal ini supaya anak-anak mudah untuk faham dan praktikkan apa yang telah kita ajar.

Cara ini berkesan untuk diajar kepada anak-anak yang berusia lebih daripada 7 tahun.


1. GUNAKAN SAMPUL ATAU TABUNG SECARA KREATIF

Anda mesti dah sedia maklum dengan cara membuat bajet kewangan menggunakan sampul surat kan?

Kalau anda nak tahu, anda boleh gunakan cara ini kepada anak-anak. Bahkan, ianya cukup berkesan untuk membuatkan mereka berasa seronok nak menyimpan duit.


Pada setiap sampul atau tabung tersebut, anda minta anak-anak lukiskan impian mereka atau barangan mainan yang mereka inginkan. Tidak kisah apa pun. Biarkan mereka bebas melakar apa jua kemahuan yang mereka inginkan dan abadikan ia pada atas kertas dan tampal pada tabung tersebut. Jika gunakan sampul, minta mereka untuk lukiskan pada sampul itu.

Tidak kisah sama ada anda nak gunakan sekadar pensil sahaja. Tetapi, Nurul galakkan anda gunakan pensil berwarna atau krayon kerana akan nampakkan ia lebih meriah dan berwarna-warni.

Kemudian, anda kena maklumkan kepada anak-anak bahawa ada sesetengah impian mereka perlu mengambil jangka masa yang pendek, sederhana dan juga panjang.


Contohnya, katakan mereka nak ke Legoland. Tidak logik kalau anak-anak kumpul sebulan atau dua, duit itu akan mencukupi. Kalau setakat nak beli barang permainan, kita boleh galakkan mereka untuk menyimpan dalam jangka masa pendek.

Tidak lupa juga. Buat satu lagi tabung atau sampul untuk mereka menyimpan lebihan duit belanja yang telah diberikan. Dengan cara ini, kita boleh ajar anak-anak untuk lebih berdikari dalam mencapai matlamat dan impian masing-masing.

Bila mereka dah besar nanti, tak perlu lagi anda bersusah-payah nak ajar mereka menguruskan duit.



2. AJAR ANAK ANDA BUAT JADUAL MATLAMAT SIMPANAN

Selepas dah jelas dengan matlamat yang anak-anak nak, kaji berapa lama mereka perlu menyimpan dan buat jadual yang khas untuk perkara tersebut.

Cara ini anda ikut kreativiti anda tersendiri. Tapi bagi Nurul, biarkan ianya nampak berwarna-warni. Anak-anak pun akan seronok bila tengok jadual mereka.

Dengan cara ini, anak-anak akan jelas dengan jangka masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat mereka. Ia juga akan buatkan mereka lebih bersemangat untuk menyimpan duit secara berterusan dan disiplin.



3. TAWARKAN GANJARAN PADA ANAK ANDA

Ini adalah salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk menaikkan lagi semangat mereka supaya terus konsisten dan disiplin untuk menyimpan.

Sebagai contoh, jika anak anda tidak berbelanja pada satu tempoh masa yang tertentu, berikan ganjaran kecil seperti bawa mereka makan piza, belikan makanan kegemaran mereka atau lain-lain. Lebih lama mereka mengawal nafsu daripada tidak berbelanja, tidak salah untuk anda tingkatkan lagi ganjaran yang bakal mereka dapat sebagai sumber motivasi untuk mereka.



4. JADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI MENTOR MEREKA

Anak kecil. Mereka selalu akan mengikut apa yang ibu bapa mereka lakukan. Kalau kita fikirkan, sewaktu kita kecil pu sama. Jadi, kita boleh mulakan dengan diri kita sendiri sebagai contoh untuk mereka ikut.

Tunjukkan pada mereka tabiat menyimpan anda. Buat satu tabung untuk diri anda dan pasangan dan susun tabung tersebut di sebelah tabung anak-anak. Bila nampak anak-anak masukkan duit dalam tabung, anda pun masukkan duit anda juga.


Dekat sini, mereka akan nampak yang anda juga amalkan tabiat yang sama. Jadi, ini akan jadikan salah satu bukti yang anda layak menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Bila anda buat, anak-anak pun akan turut serta juga.



5. KONGSIKAN INFORMASI TENTANG PELABURAN UNTUK MASA DEPAN MEREKA

Yang terakhir, anda boleh jelaskan perlahan-lahan kepada anak-anak tentang pelaburan untuk masa depan mereka. Sudah tentu bila anak anda besar nanti, anda nak mereka masuk ke universiti kan. Belajar tinggi-tinggi. Tetapi semua itu memerlukan kos yang agak lumayan mahalnya.

Jadi, sebab itulah simpanan dalam pelan pelaburan yang terbaik akan memudahkan proses anda untuk membayar yuran universiti atau kolej mereka nanti.

Ada pelbagai pelan yang kita sebagai ibu bapa boleh gunakan seperti Unit Trust atau Unit Amanah.

Anda boleh hubungi Nurul untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang pelan pendidikan anak ini. Yang penting, anda bermula daripada sekarang tanpa tangguh. Ini juga untuk masa depan anak-anak.


Tidakkah anda terfikir? Anak anda layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Tetapi disebabkan tiada kos untuk anak anda, bakat mereka perlu dipadam begitu sahaja. Dengan adanya pelan pendidikan anak, anda pun tidak perlu risau lagi dengan pembiayaan yang bakal dikenakan.

No comments:

Powered by Blogger.