APA ITU MORATORIUM?

APA ITU MORATORIUM? | Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Nurul semua. Pada 24 March 2020, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan circular kepada bank dan juga institusi pinjaman di Malaysia untuk memberikan moratorium keatas semua pinjaman dan pembiayaan untuk tempoh selama 6 bulan.



Circular Bank Negara Malaysia

Pada 19 March 2020 yang lepas, bank dan juga institusi pinjaman atau pembiayaan telah menawarkan moratorium ke atas pinjaman atau pembiayaan kepada pelanggan dengan cara pelanggan perlu memohon kepada bank masing-masing. Kebanyakan bank mempunyai syarat yang sama iaitu :-

  • Pesakit yang positif Covid-19.
  • Diberikan cuti tanpa gaji oleh majikan.
  • Diberhentikan kerja.
  • Diberikan separuh gaji.


Namun, pada kali ini moratorium ini adalah secara automatik dan tanpa perlu untuk pelanggan membuat permohonan kepada bank. Kesemua pinjaman atau pembiayaan kecuali kad kredit sahaja.

Jadi, dengan cara ini ianya sangat membantu peminjam dengan situasi ekonomi keluarga yang tidak menentu akibat wabak Covid-19.


1. Moratorium adalah bermaksud penangguhan rasmi bayaran. Ini bermaksud penangguhan bayaran terhadap pinjaman atau pembiayaan.

2. Tak perlu bayar loan rumah, loan kereta dan semua jenis loan daripada bank untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April. Maksudnya, daripada April sehingga September bayaran akan ditangguhkan.

Tapi bukan bermakna loan tu dimaafkan selama 6 bulan. Tidak. Kalau sebelum ini loan akan tamat bulan 12 tahun 2025, lepas ni akan tamat bulan 6 2026. Jelas kan?

3. Hutang kad kredit masih kena bayar. Tapi kalau memerlukan boleh tukar kepada loan bertempoh 3 tahun dan kadar faedah tidak melebihi 13%. Maksudnya disini, masih berhutang tetapi murah sedikit dan masa nak bayar panjang.

4. Sebelum ni ada had untuk bank bagi pinjaman beli hartanah, saham dan unit trust. Lepas ni had-had itu dimansuhkan. Had untuk bagi pinjam dekat syarikat-syarikat yang berkaitan dengan TNB, Petronas dan Telekom dinaikkan. 

5. Macam mana bank boleh tahan semua ni? Tak rugi ke? Itu sebabnya BNM bagitahu yang rizab-rizab bank boleh dikurangkan, tidak perlu simpan sangat duit. Maksudnya boleh guna sebab waktu krisis macam ini.

6. Semuanya untuk melancarkan kesempitan yang dihadapi orang ramai pada waktu macam ini. Sesiapa yang faham, BNM sebenarnya jangka kesan ekonomi Covid-19 ni bukan berlarutan lebih daripada 2 minggu sahaja, mungkin akan sampai hujung tahun.


Semoga Allah permudahkan semua urusan kita. Dan hanya Allah yang boleh menyembuhkan dunia ini daripada wabak Covid-19. In Sha Allah, kita rakyat Malaysia mampu untuk tanganinya. Stay safe everyone.


No comments:

Powered by Blogger.